Demi Masa
Menu Utama
Laman Depan
Buku Pelawat
Kepimpinan
Kronologi HEWI
Kalendar
Coretan IKHLAS
Halwa Telinga
Renungan Mukmin
Stiker

Yahoo Messenger
Carian
Islamicfinder
Kata:
Radio Online
IKIM.fm ^Malaysia
[Winamp/RealPlayer]

Tarbiyah.fm^Indonesia
[Winamp/RealPlayer]

Nur Islam^Brunei
[Media Player]

NoorRadio.fm^U K
[Winamp/RealPlayer]

RadioIslam.fm^Chicago
[RealPlayer]

MISG.fm^MISG Online
[Winamp/RealPlayer]

Hit Laman
Free Website Counter
Paparan
Sejak 25-07-2006
Kalam HIKMAH
Hidup mulia dengan ISLAM atau MATI SYAHID
Kronologi HEWI
Thursday, August 03, 2006
1955 JANUARI
Ahli PMRAM (dulu PMM) yang mendapat biasiswa dan zakat cuba mencari pejabat setelah 25 tahun berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain.

MAC
Sebuah Badan Khas (Badan Wanita) telah ditubuhkan untuk mahasiswi. Namun masih belum menpunyai struktur yang kemas.

OKTOBER
Mahasiswa Melayu seramai 65 orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi askar sukarela menentang pencerobohan Inggeris, Perancis dan Israel. Mahasiswi turut memabntu menjahit pakaian tentera. HEWI PMRAM terus mengorak langkah mengatur aktiviti.

1965
HEWI PMRAM turut serta dalam peristiwa mogok Bahasa Kebangsaan.

1970 ** JUN**
Penubuhan badan berorganisasi dengan nama Persekutuan melayu Republik Arab Bersatu dengan dikepalai oleh Awang Pon Sibon dan disusuli dengan tenaga-tenaga muda di kalangan mahasiswa al Azhar. Pada tahun ini juga menampakkan suatu pembaharuan dengan terlantiknya seorang mahasiswi sebagai ketua Badan Pengetahuan iaitu saudari Solehah Osman. Beliau merupakan wanita ketiga di dalam Badan Pengurus PMRAM selepas Balqis Abu Bakar dan Faridah Abu Bakar. Namun begitu perlantikan ketua Badan Pengetahuan tersebut hanya sebagai perwakilan sahaja (mewakili mahasiswi ketika itu) dan tidak sebagai Badan Pengurus tetap.

1971
PMRAB ditukar kepada PMRAM. Sebagai lanjutan kepada peningkatan kerja dan rasa sedar PMRAM terhadap kebajikan mahasiswi, satu jawatan kuasa telah ditubuhkan untuk mempercepatkan lagi pembinaan asrama puteri di Abbasiah. PMRAM telah menghantar memorendum menuntut supaya pihak kerajaan membeli satu bangunan tambahan untuk pembinaan asrama puteri tersebut.

1975 - 1979
PMRAM telah digantung pendaftarannya . Pada masa tersebut PMRAM dan HEWI PMRAM tidak dapat melaksanakan sebarang aktiviti dan semua mahasiswa dan mahasiswi menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran semata-mata.

1980
Pemulihan pendaftaran PMRAM. Pada tahun ini bermulalah zaman perubahan dan peralihan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi. Beberapa pimpinan berkaliber telah menyusun program ke arah menghayati Islam secara syumuliah.

1982
Sebuah asrama puteri telah siap dibina dan telah dirasmikan oleh Datuk Musa Hitam.

1983
Permohonan siswi bagi pembelian bas telah diluluskan. HEWI PMRAM telah memiliki sebuah markaz di asrama tersebut dan bermulalah era kegemilangan HEWI PMRAM.

1988
HEWI PMRAM yang mempunyai struktur penuh dan tetap telah mengadakan mesyuarat agung tahunan buat pertama kalinya.

1991
HEWI PMRAM dengan kerjasama Badan Pengurus PMRAM telah menguruskan penghantaran mahasiswi ke cawangan Universti al Azhar Iskandariah seramai 18 orang.

1992
Bekerjasama dengan Badan Pengurus menguruskan penghantaran mahasiswi ke muhafazah cawangan Mansurah.

1993
Mulai mengadakan program tahunan khusus untuk semua pimpinan HEWI BKAN dan DPM bagi menyemarakkan ukhuwah sesama mereka.

1994
PMRAM telah mendapat notis keluar dari asrama Melayu disebabkan pembinaan baru asrama tersebut. Markaz HEWI PMRAM dipindahkan ke Haiyu Sabiek. Sehingga kini HEWI Pmram telah berpindah sebanyak lima kali. Bermula dari saat inilah berlakunya kemunduran HEWI PMRAM dalam berorganisasi. Segala aktiviti terpaksa dijalankan di rumah-rumah negeri.

1995
Menganjurkan semula program rehlah ke Semenanjung Sinai setelah ditawaqufkan selama dua tahun. Menghantar wakil HEWI seramai 5 orang untuk menyertai Sarasehan anjuran Persatuan Mahasiswi Indonesia (WIHDAH) di Kedutaan Indonesia. PERKEMAS (Singapura) telah bersetuju membentuk ikatan mahabbah dengan nama Ikatan Mahasiswi Islam Asean.(IMIAS). Bekerjasama dengan Badan Pengurus di dalam menguruskan pendaftran ahli di Markaz Fajar.

1996
Memulihkan semula hubungan secara langsung dengan isteri-isteri pegawai kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia (PERWAKILAN) dengan melibatkan mereka di dalam setiap aktiviti anjuran HEWI PMRAM. Mengemaskini corak pelaksanaan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) bagi mahasiswi.

Oktober 1996
Menghantar wakil seramai 8 orang ke Kursus Kepimpinan anjuran BTN di Hotel Maadi. Mengikuti perjumpaan bersama pegawai JPM dan ketua HEWI BKAN di Haiyu Asyir. Menghantar wakil ke majlis taklimat fasilitator di Hotel Kemet.

1997 **25 Mac 1997**
Menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi membantu Badan Pengurus menyelaraskan Pameran Kebudayaan di Universiti Ain Syam, Kaherah. Mengadakan hubungan diplomatik dengan universiti tempatan, WIHDAH, PERKEMAS, JORDAN, SYRIA dan HIZBI melalui program-program ukhuwwah. Menerima kunjungan dan mengadakan ramah mesra bersama mahasiswi Jordan dan mahasiswi Hizbi.

27 & 28 Julai 1997
Mengadakan "Kongres KARISMA " yang telah berjaya menghimpunkan hampir keseluruhan mahasiswi Kaherah, Iskandariah, Mansurah dan Syoubra bertempat di Abbasiah. Mulai tarikh ini jugalah HEWI PMRAM mengorak langkah dengan mengadakan ucap Tema tahunannya dengan tema pertama HEWI PMRAM "Ke Arah Penyatuan Keunggulan Tarbiah dan Kecemerlangan Thaqofah." "IMIAS" telah dibubarkan atas persetujuan semua pihak yang terlibat. Bekerjasama dengan Badan Pengurus dalam mengadakan perjanjian pembelajaran dengan Markaz Fajar selama 3 tahun.

25 & 26 September 1997
Bekerjasama dengan Badan Pengurus dalam mengadakan Seminar Penulisan dan Pelancaran Antologi cerpen "Sinar di Horizon Nil".

30 September - 4 Oktober 1997
Mengadakan rehlah Tarbawiyah ke semenanjung Sinai.

7 Oktober 1997
Mengadakan program madam dan pelancaran hadhonah HEWI PMRAM.

1998 **18 Julai 1998**
As-Sohwah dijemput mengadakan persembahan di dalam program 'GEBYAR WIHDAH 98' Wihdah Persatuan Wanita Indonesia menziarahi HEWI PMRAM di markaz HEWI PMRAM.
posted by ikhlas06 @ 12:01 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Info Kami

Nama: ikhlas06
Alamat: Kaherah, Egypt
Kami: Merentas kembara perjuangan mahasiswi di bumi sahrawi sejak 1955 hingga detik ini telah menginjak usia Jubli Emas ...
Profile kami
Serba Ringkas
Artikel Terdahulu
Arkib Artikel
Links
  • PMRAM
  • Alazhariah
  • PERMAYA
  • KAMPUS NEGARA
  • >IKHLAS 06
  • e-KPKM
  • PKPIM
  • MISG
  • KPIPM
  • AL JAZEERA
  • Bharian
  • Utusan
  • Waktu Solat
    Khidmat
    Sebarkan IKHLAS

    Nama Anda:
    Alamat E-mail Anda:

    Alamat E-mail kawan anda:


    .

    Survey Pendapat
    Pendapat anda tentang IKHLAS 06
    Terbaik pernah dianjur. tahniah!
    Membanggakan semua pihak.
    Memuaskan dan menarik.
    Perlu peningkatan lagi
    Kurang penglibatan ahli
    Kurang memuaskan
    Tidak memuaskan
      
    Free polls from Pollhost.com
    Info Pengunjung
    Cuaca Cairo


    Penghargaan


    BLOGGER

    © 2006 Kronologi HEWI Template by Ikhlas06 Dot Blogspot